Ahad, 13 Ogos 2017

INI PERLIS

Memandangkan saya menetap di Perlis, Malaysia maka saya akan perkenalkan kepada korang tentang Perlis dan juga tempat ber-shopping yang boleh di kunjungi di sini.

Sedikit pengenalan tentang negeri Perlis Indera Kayangan.

* Terdapat tiga daerah iaitu Kangar (pusat bandar), Arau dan Padang Besar. 3 daerah ni cukup satu hari boleh habis satu negeri saya pusing naik motosikal Honda EX-5 sebabnya ia negeri yang terkecil dalam Malaysia. Tolonglah percaya ye!

* Terletak di utara semenanjung Malaysia. "tang hujong" dalam loghat perlis. bersempadan dengan Padang besar Thailand-Padang Besar Malaysia.

* Kalau korang dari Kolumpo ( kuala Lumpur ) ibu negara, Jarak perjalanan lebih kurang 400km. 5-6 jam menaiki kereta, 6-7 jam menaiki bas express, 3 hari 3 malam baru sampai kalau jalan kaki tak henti. kalau lari-lari anak (jogging) sikit untung 1 jam macam tu laa daripada tempoh 3 hari 3 malam..HAHAHA

* Menaiki kapal terbang pun boleh, lebih menjimatkan masa tapi di perlis tak ada airport ye. kena turun dekat airport Kepala Batas, Alor Setar, Kedah.

* Ok..yang specialnya sikit ada pengangkutan pantas iaitu Perkhidmatan Tren Elektrik , ETS ( Electric Train Services ) dari KL - Ipoh - Penang - Kedah - Perlis. harga tiket dari KL-Perlis dalam lebih kurang RM80 dewasa, RM40 kanak-kanak. masa perjalanan lebih kurang 5 jam 30 minit. - "saya pun belum pernah naik lagi".. ini merupakan kemudahan terbaru laa yang ada di Malaysia.

Khamis, 13 Julai 2017

BELI BELAH DI RANTAU PANJANG


       Rantau Panjang tidak asing lagi dengan negeri Kelantan di mana tempat ini juga terkenal dengan tempat beli belah yang kebanyakan adalah barangan dari negara Thailand. Ada juga barangan Malaysia tapi tak banyak pun.. Nak tahu tak di Rantau Panjang, harga barangan Thailand lebih murah berbanding di Arked Niaga Padang Besar Perlis. Saya pun tak tahu kenapa..
   
       Bersesuaian dengan lokasinya, rantau panjang dapat menarik banyak pelancong dalam dan luar negara ekoran bersempadan dengan Thailand di mana pelancong yang ingin ke Thailand akan menyinggah ke rantau panjang. Begitu juga sebaliknya. Hanya bersempadankan dengan sungai yang dinamakan Sungai Golok ini menjadi tarikan penduduk tempatan ( Malay-Thai) untuk melancong tanpa pasport. Hahaha.. Hanya perlu menaiki perahu untuk lintasi sempadan.
         Sesiapa yang pergi ke Kelantan tu pergilah ke sini juga ya.. Boleh la tengok-tengok yang mana berkenan.

SHOPPING-LAH





      

Rabu, 27 April 2016

BELI BELAH DI PASAR BESAR SITI KHADIJAH

    Pasar ni terletak di dalam pusat bandar Kota Bharu. ia merupakan sebuah pasar yang menjual pelbagai barangan. Daripada pengetahuan saya, bangunan berdua tingkat ini dibina pada tahun 1995 yang dahulunya menjadi tempat utama peniaga-peniaga melayu menjual berniaga. Di sebelahnya terdapat sebuah pasaraya Parkson yang di bina pada tahun 2009. Pasar Siti Khadijah cukup terkenal dan ramai pengunjung tempatan sendiri (ore klate) mahupun luar tempatan (ore luar) sehingga kini.

    Apa yang menjadikan ia terkenal dan banyak pengunjung ???  
 
    Haaaa.. Sebab dia adalah pasar.. Mana-mana pasar di serata tempat mahupun di serata dunia pun memang terkenal dan ramai orang akan pergi.. Hahahaha (bergurau senda di tengah hari).
 
    Yang sebenarnya, kat sini ada  jual macam-macam. Majoriti peniaga jual barang basah ,barangan dapur, makanan kering, hasil kraftangan orang melayu, ubat-ubatan tradisional dan pelbagai lagi. tak larat lah nak cerita panjang-panjang. Contoh yang terperinci ialah lauk segar ( ikan, ayam, daging) ,sayur-sayuran , keropok ikan, ikan kering, kuih muih, buah-buahan, rempah ratus, kain pasang, pakaian dan banyak lagi. Senang cerita, semua barangan dari A-Z keperluan harian ada di sini.
 
    Di pasar ni juga terdapat gerai-gerai makan yang menjual makanan tradisional kelantan. Nanti bolehlah anda mengetahui apakah makanan harian orang kelantan terutama waktu pagi.

   Kalau pergi ke Kelantan nanti singgah-singgah tengok tempat ni. Harga murah-murah je kat sini.
bolehlah kenali negeri ni sekali.
 

Khamis, 21 April 2016

BELI BELAH DI WAKAF CHE YEH

Sedikit cerita tentang Wakaf Che Yeh.

  Kenapa diberi nama wakaf che yeh ???
  Ada wakaf ke kat situ ???
  Orang pergi lepak-lepak ke dekat wakaf tu ???
  Che Yeh tu apa benda ???

    Ia sebenarnya sebuah pasar yang paling terkenal di Kelantan.. Tak ada wakaf pun.. Yang ada cuma kedai-kedai dan khemah jualan.. orang yang datang ke sini bukan pergi melepak adik abang oii.. Eh, ada ke orang lepak dekat pasar ?  Lepak di kedai dekat pasar ada la.
Tentang namanya ( wakaf che yeh) tu saya tak tahu. Mungkin hanya sekadar letak nama orang dulu-dulu. Tak pernah dengar orang bercerita ataupun berbisik pasal sejarah wakaf che yeh mahupun tujuan nama wakaf che yeh diberi.. Jangan tanya lagi.. Saya percaya ia langsung tiada kaitan dengan orang yang bernama che yeh. Hahaha

     Jika datang ke Kota Bharu mesti singgah sini.. Nak beli buah tangan dari negeri Kelantan katakan.. Itu kebanyakan orang luar akan cakap... Pada waktu pagi tempat ni menjadi pasar borong untuk orang beli lauk pauk dan bahan mentah.. Pada waktu malam pula ia menjadi pasar malam ataupun uptown yang beroperasi sehingga awal pagi.. kebanyakan barangan jualan pada waktu malam ialah pakaian, mainan, barangan eletronik dan macam-macam lagi.. Inilah tempat yang paling ramai menerima kunjungan setiap malam.. Apatah lagi semasa cuti-cuti malaysia, cuti sekolah, cuti umum, cuti khas, senang cerita memang selalu ramai pengunjung pada waktu cuti tak kira lah cuti apa sekalipun.. Manakala jalan raya akan sesak setiap malam oleh kerana ramai orang nak masuk simpang dan parking..

    Berkaitan harga barangan, waktu dulu murah-murah berbanding tempat-tempat lain dalam Malaysia.. Tetapi sekarang macam biasa ja.. Rata-rata tempat sekarang sudah banyak wujud tempat barangan murah.. Yang pastinya suasana Shopping anda akan puas hati.. Sangat riuh macam duduk di tempat konset..

   Jom la shopping di Wakaf Che Yeh !

Jumaat, 25 Mac 2016

WANG KELIAN PERLIS


    Semestinya ada dikalangan korang-korang, mereka-mereka, awak-awak, dia-dia, beliau-beliau, pak cik mak cik, adik kakak, atuk nenek, ayah ibu,dan segerombolan manusia  yang masih tidak kenal tempat ni.

    Wang Kelian terkenal dengan tempat untuk ber-shopping dalam negeri Perlis. banyak jugak orang berkunjung ke sini sama ada untuk shopping di sebelah Malaysia ataupun Thailand. tarikan kat sini satu-satunya adalah beli belah barangan murah (tidaklah terlalu murah) tapi barangannya banyak persamaan dengan barangan yang dijual di Arked Niaga Padang Besar tu haa.. Mainan kanak-kanak contohnya basikal, kereta dan motor control besar dan macam-macam lagi banyak kat sini.. Senang-senang datang tengok sendiri lah ye..

    Selain itu boleh lah tengok pemandangan di atas bukit yang mempersonakan dan menyegarkan dan rasakan pengalaman memandu di jalan yang agak mencabar.. Serius, kali pertama naik bukit wang kelian memang gerun wooo.. Ada satu tempat di puncak bukit korang boleh tengok tasik
Tasoh dan sekitarnya.. Ramai orang yang datang untuk mengamati suasan dan bergambar.. nak tahu tak, anda boleh naik dengan kereta sendiri naik ke atas dataran bukit wang kelian.. Kalau bawa teropong lagi syok.. Tak pun beli di pasar Wang Kelian tu.. Alaaa, tengok gambar dulu.. cerita panjang-panjang pun tak boleh nak bayangkan macam mana tempatnya.



Isnin, 21 Mac 2016

INI KELANTAN

   Tahukah anda bahawa dragon ball ada 7 biji semuanya. Dan tahukah anda cerita kali ni tak ada kena mengena pun dengan dragon ball tersebut.. Haha
Baiklah ! Masuk kepada hal shopping di Kelantan Malaysia. Jadi nak kenalkan Kelantan dulu lah..
   
   Kelantan Darul Naim ataupun sinonimnya di panggil negeri Cik Siti Wan Kembang.. Loghat percakapan orang Kelantan kalau anda perasan nak sama dengan loghat orang Patani Siam.. Yang membezakan mereka cuma slank/bunyi/nada/melodi/tone..
  
Saya akan tunjukkan satu persatu tempat shopping di disini tapi entah bila akan habis.. Check it out

HABIS CERITA PERLIS

    Maka habislah cerita tempat shopping di Perlis dan suka saya nak ingatkan berhati-hati kalau nak membeli dan bandingkan duhulu.. Bukannya apa, takut anda kena sembelih harga.. Ingat ! Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri..haha
Seterusnya saya akan memperkenalkan kepada anda tempat-tempat di Kelantan pulak.. Tanoh kelahiran ambo nih boh *( tempat kelahiran saya ni bro).. Banyok sungguh tepat beli sinih *( sungguh banyak tempat shopping di Kelantan).. Hehe