Pasar ni terletak di dalam pusat bandar Kota Bharu. ia merupakan sebuah pasar yang menjual pelbagai barangan. Daripada pengetahuan saya, bangunan berdua tingkat ini dibina pada tahun 1995 yang dahulunya menjadi tempat utama peniaga-peniaga melayu menjual berniaga. Di sebelahnya terdapat sebuah pasaraya Parkson yang di bina pada tahun 2009. Pasar Siti Khadijah cukup terkenal dan ramai pengunjung tempatan sendiri (ore klate) mahupun luar tempatan (ore luar) sehingga kini.
Apa yang menjadikan ia terkenal dan banyak pengunjung ???
Haaaa.. Sebab dia adalah pasar.. Mana-mana pasar di serata tempat mahupun di serata dunia pun memang terkenal dan ramai orang akan pergi.. Hahahaha (bergurau senda di tengah hari).
Yang sebenarnya, kat sini ada jual macam-macam. Majoriti peniaga jual barang basah ,barangan dapur, makanan kering, hasil kraftangan orang melayu, ubat-ubatan tradisional dan pelbagai lagi. tak larat lah nak cerita panjang-panjang. Contoh yang terperinci ialah lauk segar ( ikan, ayam, daging) ,sayur-sayuran , keropok ikan, ikan kering, kuih muih, buah-buahan, rempah ratus, kain pasang, pakaian dan banyak lagi. Senang cerita, semua barangan dari A-Z keperluan harian ada di sini.
Di pasar ni juga terdapat gerai-gerai makan yang menjual makanan tradisional kelantan. Nanti bolehlah anda mengetahui apakah makanan harian orang kelantan terutama waktu pagi.
Kalau pergi ke Kelantan nanti singgah-singgah tengok tempat ni. Harga murah-murah je kat sini.
bolehlah kenali negeri ni sekali.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan