Isnin, 18 Januari 2016

BELI BELAH DI ARKED NIAGA PADANG BESAR PERLIS

OK, nak kenalkan Arked Niaga kat korang.
    Hari ni saya pergi berjalan-jalan di Arked Niaga Padang Besar Perlis.Kebanyakan orang dah tahu tempat ni dan ada yang pernah ke mari. Tapi x apa, saya kongsi saja. Pergi sana naik motorsikal pusing-pusing cari tempat parking yang selamat agar motor tidak senang dicuri.maka saya pun parkinglah dekat Balai Polis Padang Besar yang berhampiran. Lepas tu jalan kaki ke sana, x lenguh  kaki pun sebab MUJUR ADA PAMOGA.. HAHAHA #$^$#*&%*&

    Peniaga di sini kebanyakan orang Thailand (Patani). Barang bagus-bagus dan harga boleh tahan jugak. Ada jugak kedai harganya mahal sampai takleh terima dek akal. Kita boleh compare laa dengan harga mana-mana uptown berdekatan. Kalau datang sini mata mesti jadi bersinar ( tinggggg***) macam ikan lolong bermata besar, poket seluar pun asyik tembus je sebab duit asyik jatuh ke tangan peniaga. Kalau datang ke sini mungkin perkara yang sama boleh terjadi kepada korang sepertimana saya. HAHAHA…Tapi , fuhhh nasib baik la duit saya tak berapa nak ada. Jalan-jalan saja cukup untuk window shopping. Cuci mata la senang katakan.

Dan ini satu peringatan untuk korang, kalau nak datang shopping kat sini time-time cuti sekolah ataupun time-time perayaan memang haruslah korang servey-servey dulu harga disetiap kedai sebab kadang-kadang ada kemungkinan mereka naikkan harga. Jadi, hati-hati, bijak memilih dan berjimat cermat. Lain laa kalau orang yang jenis bawak duit satu guni semata-mata nak shopping je.. HAHAHA

NI LAA ARKED NIAGA












2 ulasan:

  1. assalamualaikum, tuan blog maaf menggangu, saya pelajar yang ingin mengkaji tentang arked niaga. namun saya tidak mendapat maklumat tentang tarikh terbinanya binaan ini dan kos yang diperuntukkan untuk membinanya.jasa tuan amat dihargai

    BalasPadam
  2. assalamualaikum, tuan blog maaf menggangu, saya pelajar yang ingin mengkaji tentang arked niaga. namun saya tidak mendapat maklumat tentang tarikh terbinanya binaan ini dan kos yang diperuntukkan untuk membinanya.jasa tuan amat dihargai

    BalasPadam